Sahkah Solat Yang Tergesa-gesa?

1) Saya lihat kawan saya bersembahyang dengan tergesa-gesa untuk cepat kerana maksud yang tertentu, apakah sah solatnya itu?
 
Sahkah Solat Yang Tergesa-gesa

Jawapan:
2) Sembahyang yang didirikan itu tetap sah selagi tidak melanggar rukun solat.

3) Sungguhpun ada pekerjaan yang mahu kita lakukan, hendaklah kita sentiasa bertenang dan lupakan apa sahaja semasa kita bersembahyang.

4) Bergopoh-gopoh adalah amalan syaitan.

5) Lagipun hati kita tidak khusyuk dalam keadaan demikian, sedangkan tujuan sebenar kita mendirikan solat adalah untuk menyembah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan mengharap kepada-Nya.

6) Allah lebih menyukai hamba-hamba-Nya yang tenang ketika melakukan sebarang pekerjaan.

7) Apa lagi dalam ibadah sembahyang.

Wallahu'aklam.

Sumber: al-Hidayah (pg.1-2).
Tag : Solat
0 Pendapat Pembaca Tentang "Sahkah Solat Yang Tergesa-gesa?"

Back To Top