Sedekah Amalan Yang Baik

Soalan:
1) Apakah yang dikatakan sedekah itu? Bagaimana cara memberi sedekah itu?

Sedekah Amalan Yang Baik

Jawapan:
2) Sedekah merupakan sifat yang mulia, cara ini adalah amalan yang baik untuk membantu orang yang susah dan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan fakir.

3) Allah memberi keutamaan bagi mereka yang suka bersedekah. Keutamaan tersebut adalah:

4) Allah sentiasa menambah rezeki dan kurnia kepada orang yang murah memberi sedekah.

5) Orang yang memberi sedekah sentiasa mendapat teman.

6) Allah SWT akan memudahkan urusan orang yang sentiasa memberi sedekah.

7) Allah SWT akan menghapuskan dosa orang yang memberi sedekah.

8) Lima (5) akhlak orang yang memberi sedekah:
  • memberi sesuatu yang disayangi kepada orang lain.
  • memberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
  • memberikan sesuatu tanpa mengharapkan lebih banyak balasan daripada apa yang diberikan.
  • memberi secara rahsia tanpa diketahui oleh orang lain.
  • jangan menyebut-nyebut tentang sedekah yang diberi.

9) Pemberian sedekah hendaklah secara ikhlas agar mendapat berkat daripada Allah SWT.

Wallahu'aklam.

Source- al-Hidayah.
Tag : Sedekah
0 Pendapat Pembaca Tentang "Sedekah Amalan Yang Baik"

Back To Top