Sedekah Wang Curi

Soalan:
1) Bolehkan disedekahkan wang yang dicuri untuk perkara-perkara kebajikan?


Sedekah Wang Curi

Jawapan:
2) Untuk membuat perkara yang baik, kita hendaklah memilih jalan yang baik juga.

3) Allah bukan saja menggalakkan kita berbuat baik malah Dia juga telah menunjukkan cara-caranya.

4) Kalau tidak kena caranya, Allah tidak akan mengambil kira kebajikan yang kita buat.

5) Wang yang haram tidak boleh digunakan untuk jalan kebajikan. Sekiranya digunakan juga, maka orang yang memberi wang itu dikira berdosa. Ini kerana orang yang menerima sedekah itu akan menggunakan wang tidak bersih (haram).

6) Wang dari sumber haram akan memberi kesan yang tidak baik juga.

Wallahu'aklam.

Source- al-Hidayah.
Tag : Sedekah
0 Pendapat Pembaca Tentang "Sedekah Wang Curi"

Back To Top